utama

Doktor temui ancaman wabak koronavirus maut

Oleh Reuters

Beijing: Doktor di China merupakan individu terawal memberi amaran mengenai bahaya penularan koronavirus baharu, meninggal dunia akibat wabak itu, pada Jumaat.

Kematian Li Wenliang, 34, yang juga pakar mata di sebuah hospital di Wuhan, diratapi dalam media sosial ketika Beijing mengisytiharkan ‘perang rakyat’ terhadap wabak berkenaan.

Wenliang dan tujuh individu lagi ditahan polis Wuhan, bulan lalu, kerana didakwa menyebarkan maklumat ‘palsu dan haram’ mengenai koronavirus selepas beliau memberi amaran kepada doktor melalui media sosial mengenai tujuh kes jangkitan virus misteri baharu untuk cuba membantu.

Dalam media sosial, ramai rakyat China menyifatkan Wenliang sebagai wira dan mangsa tragik, menggambarkan kegagalan pihak berkuasa tempatan dalam menangani kemunculan virus itu pada peringkat awal wabak.

Pada Jumaat, wilayah Hubei di mana terletaknya Wuhan, melaporkan 69 kematian baharu, menjadikan jumlah korban coronavirus di China kini mencecah lebih 600 mangsa.

Ia turut melaporkan hampir 2,500 kes baharu, menjadikan jumlah jangkitan di China kini melebihi 30,000, menurut siaran televisyen negara ini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 7, 2020 @ 9:42am
    d