utama

Pengimbas suhu tak tepat

Oleh Agensi

ORANG ramai terutama pelancong seluruh dunia dikhuatiri menjalani ujian saringan pengesanan suhu oleh peranti pengimbas suhu yang tidak boleh dipercayai.

Justeru, ada kemungkinan individu yang terkena wabak Covid-19 tidak dapat dikesan.

South China Morning Post melaporkan, perkara itu didedahkan Pakar Perubatan Pusat Global untuk Kesihatan Keselamatan Universiti Nebraska, James Lawler kepada The New York Times.

“Lapangan terbang, bandar di China dan premis mengambil langkah mengenal pasti mereka yang berpotensi terkena jangkitan wabak serta pencegahan penyebaran wabak itu menerusi pemeriksaan suhu.

“Kebanyakannya bergantung pada termometer dilengkapi inframerah untuk mendapatkan bacaan suhu tanpa menyentuh kulit orang awam.

“Bagaimanapun, ada di antaranya (peranti pengimbas suhu) menunjukkan bacaan tidak tepat dan sukar dipercayai,” katanya.

Menurut Lawler, beliau pernah merekodkan suhu tinggi yang menunjukkan dirinya hampir maut ketika mengembara melalui Afrika Barat sewaktu wabak Ebola sekitar 2014 hingga 2016.

“Suhu saya berubah-ubah, ada kalanya tinggi sehingga 35 darjah Celsius dan pernah juga rendah jadi saya tidak pasti sama ada bacaan daripada alat itu tepat atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, syarikat pembekal peranti berkenaan, Grainger berkata, jarak yang betul untuk memegang termometer inframerah bergantung kepada saiz sasaran.

Faktor persekitaran seperti jalan berdebu atau kereta panas boleh menjejaskan pengukuran suhu inframerah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 17, 2020 @ 7:00am
    d