utama

'Apa salahnya kalau kasut saya buatan Gombak?'

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

APA salahnya kalau kasut saya buatan Gombak? Video Merdeka berjudul Kasut Gombak terbitan Petronas sempena Hari Kebangsaan pada 1998 yang menampilkan Allahyarham Ashraf Sinclair ini kekal diingati penonton hingga sekarang.

Kemunculan dalam iklan itu menarik perhatian ramai untuk mengenali pemuda yang dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, London itu.

Bapanya, Mohamed Anthony John Sinclair berbangsa Inggeris, manakala ibunya Khadijah Abdul Rahman berbangsa Melayu.

Ashraf anak sulung daripada tiga beradik. Adik perempuannya, Aishah Jennifer turut menceburi bidang lakonan dan kini aktif sebagai penyampaio radio manakala adik lelakinya, Adam dikenali selepas berkahwin dengan penyanyi popular, Yuna.

Iklan terbabit juga menjadi platform buat Ashraf menceburi bidang seni.

Pada 2005 Ashraf diberi peluang mengacara program Box Office Now terbitan ntv7.

Dia seterusnya membintangi filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun sama.

Ashraf pernah mengacara program Beat TV di Astro Ria bergandingan dengan Sazzy Falak pada 2006.

Dia mengakhiri zaman bujang apabila mengahwini penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Pasangan romantis ini dikurniakan anak lelaki dinamakan Noah Aidan Sinclair pada 22 September 2010.

Perkahwinan dengan BCL menjadikan popularitinya berkembang di Indonesia apabila aktif membintangi pelbagai sinetron antaranya Cinta dan Anugerah, Catatan Hati Seorang Isteri, Sekar, Sejuta Cinta Marshanda dan banyak lagi.

Filem lakonan Ashraf antaranya ialah SH3, Saus Kacang, The Real Pocong dan Bayi Gaib.

Filem terakhirnya lakonannya ialah Proksi dan J Retribusi yang masih dalam peringkat pos produksi. Kematian Ashraf satu kehilangan besar buat BCL kerana hubungan mereka yang sangat akrab. Pasangan ini sering memuat naik gambar keriangan percutian keluarga mereka sehingga dilabelkan sebagai family goals oleh netizen.

Berita Berkaitan

  • BCL hilang kata-kata, masih terkejut
  • 'Ashraf 'ada' di sini' - Mohamed Anthony John Sinclair
  • BCL mahu 'berdampingan' dengan Ashraf
  • Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker
  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman
  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan
  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan
  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL
  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]
  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy
  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills
  • Pemimpin negara ucap takziah
  • 'Miss you guys so much'
  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella
  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah
  • Khabar berita ketika mula tugas
  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi
  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 6:30am
    d