utama

Covid-19: 39 kes baharu dikesan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SEBANYAK 39 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 197 kes positif dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada 39 kes baharu ini, sebanyak 38 kes dikesan dalam kalangan Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan Covid-19 dan satu kes dari kalangan kontak rapat.

Menurutnya, hingga kini, sebanyak empat kes sudah dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi dan kes ini juga diberi rawatan anti-viral.

“Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menjalankan survelan Covid-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenzalike-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif Covid-19.

“Sehingga hari ini, sebanyak 756 sampel sudah diuji dan setakat ini sebanyak tiga sampel dikesan positif jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini, siasatan yang dijalankan mendapati kes ini dikesan dalam kalangan kluster perhimpunan tabligh.

“Siasatan bagi kes berkenaan masih dijalankan dan orang awam akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 13, 2020 @ 10:11pm
    d