utama

190 kes baharu Covid-19

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

KES jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 190 kes baharu dilaporkan hari ini, umlah tertinggi dicatatkan dalam tempoh sehari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata, jumlah itu menjadikan seramai 428 positif Covid-19.

"Siasatan awal mendapati kebanyakan kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

"Kita akan terus melakukan siasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh.

"Justeru itu, kita menyeru sekali lagi peserta terbabit supaya tampil dan menghubungi pejabat kesihatan daerah segera," katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata, sembilan kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala tujuh kes positif pulih dan dibenarkan discaj dari wad Hospital Sungai Buloh menjadikan 42 kes pulih sepenuhnya setakat ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 15, 2020 @ 5:12pm
    d