utama

Penutup hidung dan mulut percuma untuk rakyat [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid

KERAJAAN akan beri secara percuma penutup hidung dan mulut kepada isi rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengagihkan sebanyak 8.63 juta penutup hidung dan mulut secara percuma kepada isi rumah.

Beliau berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Beliau berkata, perkara itu sebelum ini sudah diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa topeng muka akan diberikan secara percuma.

"Kita sedang menunggu topeng muka itu dari negara pengeksport.

"Apabila sampai ke negara kita dalam waktu terdekat, kita akan edarkan secara berperingkat.

"Topeng muka ini akan diedarkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan topeng muka itu bukanlah diterima kerajaan secara percuma seperti dihebohkan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan membeli topeng muka dari negara pengeksport.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 26, 2020 @ 2:19pm
    d