utama

Wanita mengandung bawa pulang Covid-19 ke Kelantan

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

SELEPAS lebih sebulan bebas daripada Covid-19, Kelantan kembali mencatatkan satu kes terbaharu di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, ketika mengesahkan perkara itu berkata, usia kandungan mangsa 32 minggu.

"Setakat maklumat yang kita tahu, ahli keluarganya negatif, dia seorang saja positif. Namun ahli keluarga lain dikuarantin.

"Apa yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri. Mangsa (pesakit) balik ke kampung apabila dibenarkan untuk rentas negeri baru-baru ini.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: May 20, 2020 @ 2:21pm
    d