utama

Padah berbasikal rentas negeri

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

TIGA lelaki yang berbasikal dari Ampang, Kuala Lumpur ke Jelebu dikompaun kerana merentas negeri tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, ketiga lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an itu ditahan di jalan masuk ke Kampung Chennah 10 pagi semalam oleh anggota polis dan Rela yang menjalankan rondaan.

Katanya ketiga-tiga individu berkenaan gagal memberikan alasan munasabah dan merentas negeri tanpa sebarang kelulusan dari mana-mana pihak.

"Berikutan itu kompaun RM1,000 dikeluarkan keatas ketiga-tiga lelaki terbabit mengikut Seksyen 25 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Bayaran kompaun boleh dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu sebelum 3 Jun depan bagi mengelakkan tindakan pendakwaan dilakukan sekiranya gagal membayar kompaun," katanya, hari ini.

Maslan turut mengingatkan orang ramai tidak melakukan apa-apa jua aktiviti rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sama ada melakukan aktiviti berbasikal, konvoi bermotosikal atau kereta ke daerah ini tanpa kebenaran pihak polis.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 22, 2020 @ 3:57pm
    d