utama

Sambutan Hari Gawai pada hari pertama sahaja [METROTV]

Oleh Hayati Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi

SAMBUTAN Hari Gawai hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan, dengan kapasiti 20 ahli keluarga dan jiran terdekat sahaja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sama seperti Aidilfitri dan Pesta Keamatan, sambutan Hari Gawai esok sangat berbeza berbanding sebelum ini.

"Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa semua yang menyambut Hari Gawai esok perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) musim perayaan dengan sambutan hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja.

"Kapasiti yang dibenarkan adalah 20 orang dan digalakkan ahli keluarga di dalam rumah terbabit sahaja, atau jiran terdekat.

"Sebaiknya, Hari Gawai disambut bersama ahli keluarga di dalam rumah itu sahaja," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, penularan pandemik Covid-19 banyak mengubah cara persediaan dan sambutan hari perayaan di negara ini.

"Kita harus mengadaptasi diri dengan normal baharu dan perlu mengamalkan disiplin diri untuk bersama-sama membanteras pandemik ini.

"Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga Sarawak yang akan menyambutnya esok," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 31, 2020 @ 2:17pm
    d