utama

Tiada larangan rentas negeri Aidiladha ini [METROTV]

Oleh Shamran Sarahan dan Suraya Roslan

KERAJAAN memutuskan tiada halangan rentas negeri menjelang Aidiladha ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Di media sosial, macam-macam diperkatakan mengenai perkara ini. Sebenarnya tidak ada sekatan balik kampung (menjelang Aidiladha).

"Kita jaga kita, kita kena pastikan. kita patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan

"Keputusan kita tidak ada rentas negeri atau daerah. Tidak ada, mereka bebas untuk balik," katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Disiarkan pada: July 27, 2020 @ 3:14pm
    d