utama

Palsu!

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan berita yang tular di media sosial berhubung larangan merentas daerah di seluruh negara bermula 3 Oktober ini.

MKN menerusi aplikasi Telegram rasminya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.

"Ini adalah berita palsu, jangan kongsi atau tularkan kenyataan palsu ini," katanya.

Terdahulu tular kenyataan yang dimuat naik di media sosial yang didakwa dikeluarkan oleh KKM.

Kenyataan mendakwa larangan merentas daerah di seluruh negara dilaksanakan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam 3 Oktober sehingga 16 Oktober depan.

Semalam, kes positif Covid-19 mencatatkan angka kedua tertinggi sehingga merisaukan masyarakat berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin akan dilaksanakan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: October 2, 2020 @ 12:53pm
    d