utama

PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 12.01 tengah malam 7 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini, berikutan situasi semasa Covid-19 di kawasan berkenaan.

"Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah tidak dibenarkan.

"Hanya perkhidmatan perlu (Essential Service) termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan sahaja dibenarkan.

"Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terbabit di kawasan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPB bertujuan membendung jangkitan dan penularan Covid-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: October 5, 2020 @ 3:35pm
    d