utama

Malaysia memasuki gelombang ketiga Covid-19

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik Covid-19 selepas mencatatkan angka tiga digit kes baharu selama beberapa hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook rasminya mengingatkan orang ramai supaya bekerjasama memutuskan penularan rantaian wabak itu.

"Kita sekarang sudah memasuki gelombang ketiga #COVID19.

"Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita," katanya.

Jangkitan kes baharu menunjukkan peningkatan ketara apabila negara merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes Selasa lalu, iaitu tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 9, 2020 @ 3:13pm
    d