utama

SOP baharu, 3 orang satu kenderaan [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Tiga orang dibenarkan di dalam satu kenderaan bermula hari ini.

Pengumuman baharu itu dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengadakan perbincangan dalam Mesyuarat Khas hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mendengar banyak pandangan berhubung isu bilangan individu yang dibenarkan dalam satu kenderaan.

"Selepas berbincang, sidang khas hari ini membuat ketetapan untuk membenarkan tiga orang dari rumah yang sama dalam satu kenderaan berkuatkuasa hari ini.

"Ini juga bagi memudahkan pihak polis membuat penguatkuasaan dan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi kenderaan teksi dan e-hailing," katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, sebelum ini kerajaan menetapkan hanya dua di dalam satu rumah menaiki kenderaan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: November 13, 2020 @ 6:18pm
    d