utama

Vaksin Covid-19 sudah tiba [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.

Ketibaan vaksin itu disambut oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Turut hadir menyambut ketibaan vaksin berkenaan adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 21, 2021 @ 10:14am
    d