utama

67 kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Sejumlah 67 kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif seramai 2,796 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh adalah seramai 5,251 dengan keseluruhannya berjumlah 490,038.

Katanya, jumlah kes aktif ialah 79,523 manakala pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 851 orang.

"Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan adalah seramai 422 orang," katanya menerusi Twitter.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 31, 2021 @ 6:43pm
    d