utama

5,566 kes baharu, 76 kematian hari ini [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Sebanyak 5,566 kes baharu Covid-19 dengan 76 kematian direkodkan hari ini, iaitu hari kelapan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 627,652 kes.

Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,524 kes diikuti Sarawak (707); Negeri Sembilan (505); Kuala Lumpur (466); Johor (456); Sabah (350) dan Melaka (314).

"Selain itu, Perak (225); Kelantan (204); Wilayah Persekutuan Labuan (191); Pulau Pinang (185); Pahang (157); Kedah (148) dan Terengganu (106).

"Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan 27 kes dan Perlis dengan satu kes," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 6,962 kes sembuh direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 541,319 kes.

Beliau berkata, sebanyak 903 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 458 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 76 kes kematian direkodkan membabitkan 18 kes di Selangor, 13 kes di Johor, Sembilan kes di Negeri Sembilan dan lapan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Selain itu tujuh kes kematian turut direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing empat kes di Kelantan, Melaka dan Kedah, tiga kes di Terengganu, masing-masing dua kes di Perak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 8, 2021 @ 4:35pm
    d