vroom

Servis mudah dengan 'Renault Relax'

Oleh Lizam Ridzuan

TC Euro Cars (TCEC) sebagai pengedar kenderaan jenama Renault di negara ini menawarkan kempen ‘Renault Relax’ bagi kemudahan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggannya.

Terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan antara langkah yang ditawarkan ialah lanjutan masa servis dan waranti untuk semua kenderaan jenama itu yang perlu diservis dan tamat di antara 18 Mac hingga 28 April ini ditambah tempohnya sehingga 28 Mei 2020.

TCEC juga menawarkan ‘concierge’ iaitu perkhidmatan mengambil dan menghantar kereta yang diservis dalam kawasan Lembah Klang sekitar 30 kilometer (km) dari pusat servis yang ditawarkan kepada pelanggan baru sepanjang dan selepas tempoh PKP.

Untuk menambah kelegaan minda kepada pengguna, Renault Relax juga menyediakan kepada pemilik model Captur dan Fluence penjimatan ke atas alat ganti utama seperti bateri dan tayar sebanyak 10 dan 25 peratus.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, servis dan kenderaan Renault di negara ini boleh layari laman web www.renault.com.my

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 16, 2020 @ 3:52pm
    d