vroom

Volkswagen tawar 'Welcome Back'

Oleh Lizam Ridzuan

VOLKSWAGEN Passengers Cars Malaysia (VPCM) sebagai pengedar rasmi kenderaan jenama Volswagen di negara ini menawarkan kempen perkhidmatan selepas jualan ‘Welcome Back’.

Istimewa buat pemilik jenama itu yang berkhidmat ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai petugas barisan hadapan negara yang mengekang penularan pandemik Covid-19.

Kempen ini menawarkan kelegaan buat mereka termasuk keutamaan tempahan untuk temujanji, sanitasi kenderaan secara percuma dan diskaun 10 peratus daripada keseluruhan bil.

Pelanggan perlu mendaftar melalui borang yang disediakan secara atas talian dengan meletakkan bidang pekerjaan dan kakitangan Volkswagen akan menghubungi pelanggan untuk pengesahan.

Selepas disahkan semua manfaat akan terus dimasukkan ke dalam walet aplikasi Volkswagen Cares dan boleh digunakan untuk pra-tempahan temujanji dalam tempoh 30 hari selepas PKP ditamatkan.

Selain itu ‘Welcome Back’ juga menawarkan buat semua pemilik yang mendaftar untuk servis, menerima cenderamata dan baucar minyak enjin bernilai RM50 (buat pemilik yang bukan ahli Volkswagen Cares Plus dan pakej Servis Penyelenggaraan Percuma).

Semua pendaftaran dan temujanji boleh dilakukan di laman web www.volkswagen.com.my atau memuat turun aplikasi Volkswagen Cares ke dalam telefon pintar.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 22, 2020 @ 9:49am
    d