vroom

Subaru buka operasi servis

Oleh Lizam Ridzuan

TC Subaru sebagai pengedar eksklusif kenderaan Subaru di negara ini mengumumkan operasi pusat servis di cawangan terpilih kembali dibuka mulai hari ini.

Selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), namun ia tertakluk kepada masa dan hari beroperasi yang ditetapkan.

Untuk pusat servis TC Subaru melalui Motor Image Petaling Jaya dan Cheras ia dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 3 petang dan cawangan Bukit Mertajam serta Georgetown pada hari Isnin dan Khamis (8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari)

Cawangan pengedar mereka di seluruh negara juga turut dibuka dengan mematuhi ciri keselamatan diperlukan seperti sanitasi tangan dan ruang kerja serta pengambilan suhu dan pemakaian pelindung mulut dan hidung untuk pekerja.

Pelanggan boleh memeriksa senarai penuh pusat servis yang dibuka dalam tempoh PKP ini melalui laman web: https://www.subaru.asia/my/en/news/191/subaru-resumes-operations-at-sele...

Untuk maklumat terkini berkaitan model dan tawaran terbaharu Subaru di negara ini boleh layari www.subaru.asia/my.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 27, 2020 @ 5:17pm
    d