vroom

Nissan buka operasi 10 pusat servis

Oleh Lizam Ridzuan

PUSAT servis kenderaan Nissan yang dikendalikan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) kini dibuka untuk operasi selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

10 pusat servis itu hanya beroperasi melalui temujanji dan pelanggan yang sudah mengesahkan tempat boleh meninggalkan kenderaan melalui sistem 'Drop off dan Pick-up" sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelanggan juga tidak dibenarkan menunggu di kawasan pusat servis dan sebagai langkah keselamatan dan kesihatan, semua pusat servis ini akan melakukan pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial kepada pelanggan dan pekerja termasuk pemakaian topeng muka dan sarung tangan.

Pensanitasi tangan dan topeng muka juga disediakan kepada pelanggan serta serta semua kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas servis.

Untuk temujanji dan senarai pusat servis yang dibuka boleh dilakukan melalui aplikasi DriveOn, laman web TCEAS di www.tceas.com serta talian khidmat pelanggan Nissan 1800-88-3838.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Disiarkan pada: May 1, 2020 @ 11:18am
    d