mutakhir

Pengurus Kuala Pilah-TGI United direman [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PENGURUS pasukan bola sepak Kuala Pilah-TGI United yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam direman lima hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah Seremban, Mas Azmimin Ahmad terhadap suspek berusia 38 tahun itu selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Khairi Abdul Karim.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap suspek selepas disyaki memberi wang rasuah kepada pemain bola sepak pasukan lawan dari Tampin supaya tewas kepada pasukannya dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Zon Selatan, 25 November tahun lalu.

Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di Seremban, 3.25 petang semalam.

Suspek diwakili peguam Raftfizi Zainal Abidin.

Harian Metro semalam melaporkan, suspek adalah tangkapan kedua berkaitan kes mengatur perlawanan LBR Zon Selatan.

Berita berkaitan:

Dah terkait ke pengurus pula

Jurulatih bola sepak disyaki beri rasuah

Disiarkan pada: January 7, 2018 @ 12:37pm
d