utama

Oktovia enggan jumpa Bella

Oleh Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri

PELAKON Oktovia Manrose tidak mahu lagi memperkatakan kontroversi yang melanda dirinya dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Oktovia berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro bagi mendapatkan kenyataan sejauh mana kesudiannya untuk berjumpa isteri Aliff iaitu Bella Astillah.

"Tak payahlah. Benda dah habis," katanya ringkas.

Terdahulu Bella berkata, dia ingin berjumpa dengan Oktovia dan Aliff bagi mendapatkan penjelasan mengenai apa yang terjadi.

Namun Bella berkata, Oktovia menolak dan pertemuan hanya berlangsung membabitkan dirinya dan Aliff.

Oktovia sebelum ini meminta maaf dan mengakui kesilapannya keluar dengan suami orang.

Berita berkaitan

'Aliff Aziz buat hal lagi - Bella Astillah'

'Tunggu keluarga, baru komen - Aliff Aziz'

'Oktovia mengaku salah keluar dengan Aliff Aziz'

'Bella mahu bersemuka dengan Oktovia'

Disiarkan pada: March 1, 2019 @ 8:16pm
d