global

Covid-19: 242 lagi maut di Hubei

Oleh AFP

Beijing: Angka kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) di Hubei meningkat kepada 242 orang dalam satu hari, semalam.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan berkata, ia menjadikan jumlah korban keseluruhan akibat wabak itu di China, melepas 1,350 orang.

Dalam kemaskini harian, ia berkata, sebanyak 14,840 kes baharu dilaporkan di Hubei, wilayah tengah negara itu, yang paling terjejas akibat Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 13, 2020 @ 8:47am
    d