BAGI mendapatkan kekuatan diri untuk mengharungi dugaan besar dalam hidupnya, pelakon Bunga Citra Lestari dilihat tidak lepas memegang tasbih hitam.
Memetik laporan detikcom, raut wajah sedih tak terkata sukar disembunyikan Bunga dengan mata yang sembab ketika mengiringi jenazah suaminya, Ashraf Sinclair ke tanah perkuburan.
Berjalan berpegangan tangan bersama anak tunggal, Noah Sinclair dengan pakaian serba putih, sejak di rumah lagi Bunga dilihat tidak lepas menggenggam tasbih hitam itu.
Tasbih berkenaan begitu setia dalam genggaman tangan kanannya, manakala tangan kiri tidak lepas menggenggam tangan Noah.
Setibanya di kawasan tanah perkuburan San Diego Hills, Bunga masih tetap berdiam diri meskipun sepupunya, Intan Ayu Purnama dan beberapa keluarga lain kelihatan berada di sampingnya.
Tasbih hitam itu tetap dalam genggaman walaupun Intan Ayu memayungi Bunga dengan payung hitam.
Terdahulu, Ashraf, 41, yang cukup dikenali sebagai selebriti yang mengamalkan gaya hidup sihat dilaporkan meninggal kerana serangan jantung.
Berita Berkaitan