arena

Malaysia tetap sertai Sukan Olimpik

Oleh Aida Adilah Mat

TIADA apa yang perlu digusarkan oleh atlet negara berhubung penganjuran temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sama ada ia akan dianjurkan mengikut jadual atau dianjakkan tarikhnya kesan daripada wabak koronavirus.

Hingga setakat ini tiada sebarang maklum balas diterima oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ketika dihubungi berkata, hingga hari ini tiada sebarang maklumat diterima daripada IOC.

“Kita tiada menerima apa-apa daripada IOC jadi ia masih kekal di Tokyo,” katanya.

Terdahulu menurut laporan berita tempatan, seorang pegawai kanan IOC berkata terlalu bahaya untuk menganjurkan Olimpik di Tokyo kerana wabak koronavirus yang semakin menular.

Penganjur tampak seperti akan membatalkannya berbanding menunda atau mengubah lokasinya. Bagaimanapun, Dick Pound, bekas juara renang dari Kanada yang menjadi ahli IOC sejak 1978 berkata, ada tempoh beberapa bulan lagi untuk menentukan nasib Olimpik Tokyo dengan keputusan mungkin akan dibuat Mei ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 8:11pm
    d