global

Covid-19: Kes meningkat di Korea Selatan

Oleh BERNAMA

Seoul: Korea Selatan pada Sabtu melaporkan 483 lagi kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan sebanyak 6,767, menyaksikan kes paling banyak dilaporkan di bandar tenggara Daegu dan wilayah Gyeongsang Utara, lapor agensi berita Yonhap.

Setakat ini, 44 pesakit meninggal dunia, kebanyakan warga tua, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Kira-kira 60 peratus kes disahkan mempunyai kaitan dengan Daegu, bandar keempat terbesar di negara itu, mempunyai kira-kira 2.5 juta penduduk.

Daripada 483 kes baharu itu, 390 dilaporkan di Daegu dan 65 di Gyeongsang Utara, kata KCDC.

Sementara itu, Seoul dan sekitar wilayah Gyeonggi, masing-masing melaporkan tiga dan 10 kes.

Sejak tahap amaran ditingkatkan pada tahap tertinggi sejak 23 Februari, pihak berkuasa kesihatan memberi tumpuan untuk menghentikan penularan virus di Daegu dan Gyeongsang Utara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 7, 2020 @ 11:51am
    d