mutakhir

3 positif Covid-19 di Sarawak

Oleh Mohd Roji Kawi

SARAWAK merekodkan kes koronovirus baharu (Covid-19) dengan tiga individu diuji positif wabak itu, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, dua daripada kes itu antara mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling di Selangor pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Beliau berkata, satu lagi kes membabitkan ahli keluarga mereka.

“Justeru, kami merayu kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu untuk segera menghubungi hospital terdekat bagi membolehkan siasatan dan pemeriksaan dijalankan.

“Setakat ini, Jabatan Kesihatan Sarawak sudah mengesan 236 peserta perhimpunan itu dan akan terus mengesan bakinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Uggah berkata, JPBN Sarawak memberi jaminan Jabatan Kesihatan Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul akibat penularan Covid-19 di hospital yang ditetapkan iaitu Hospital Besar Sarawak, Sibu Hospital, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 13, 2020 @ 12:57pm
    d