mutakhir

Jangan panik!

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta orang ramai tidak melakukan pembelian panik.

KPDNHEP menerusi kenyataan hari ini berkata, situasi itu akan mendatangkan kesan negatif kepada harga dan bekalan barang keperluan.

“Mesej berkaitan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar rakyat mula membeli barang keperluan asas dan perintah berkurung adalah palsu.

“Mohon hentikan perkongsian berita palsu itu,” katanya kenyataan di laman Facebook rasmi KPDNHEP.

Menurut kenyataan, Omnipresence penguat kuasa KPDNHEP akan berterusan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan harga serta bekalan barangan keperluan.

Katanya, orang ramai perlu yakin dengan usaha dilakukan KKM berkaitan langkah penjagaan dan kawalan kebersihan susulan penularan Covid-19.

Hari ini, tular gambar menunjukkan orang ramai membeli barangan keperluan dan beratur panjang di kaunter bayaran di beberapa pasar raya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 3:54pm
    d