utama

Agong nasihat rakyat patuhi PKP [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baginda bertitah, rakyat diminta tidak keluar rumah jika tidak mempunyai keperluan penting selain membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung.

“Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah. Kepada ibu bapa pengantin, tangguhkan dulu majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih.

“Saya nasihatkan juga agar rakyat jangan panik kerana bekalan barang keperuan dijamin cukup oleh kerajaan,” titahnya pada perutusan khas, hari ini.

Baginda bertitah, rakyat juga diminta tidak menyebarkan berita palsu dan perlu menjaga kebersihan diri.

“Kerap basuh tangan dan guna pencuci tangan dan pakai penutup muka (penutup hidung dan mulut) serta amalkan penjarakkan sosial.

“Marilah kita bersama memainkan peranan membendung wabak ini,” titahnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 8:42pm
    d