mutakhir

Warga asing tiada dokumen, ingkar PKP ditahan

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

DUA lelaki warga India yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah ditahan anggota polis dan Rela yang melakukan rondaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Simpang Pertang, Jelebu, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dua lelaki berkenaan yang berusia 21 dan 33 tahun ditangkap pada 10.10 malam di tepi jalan besar Simpang Pertang-Kuala Klawang.

Katanya, pasukan rondaan melihat dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan menaiki motosikal Honda sebelum menahan mereka.

“Pemeriksaan mendapati keduanya tiada mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah selain melanggar arahan PKP yang sedang dikuat kuasa di negara ini.

“Polis menangkap kedua lelaki itu selain merampas motosikal mereka untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kamarul Rizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c)Akta Imigresen dan Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 1, 2020 @ 11:43am
    d