mutakhir

Aliran trafik terkawal [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

ALIRAN trafik di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang dalam keadaan terkawal dengan jumlah kenderaan dilihat sedikit berkurangan.

Tinjauan wartawan Harian Metro di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Jalan Cheras menghala ke pusat bandar, Kuala Lumpur mendapati aliran trafik lancar dengan jumlah kenderaan sedikit berkurangan.

Malah, tinjauan bermula 8 pagi hingga 10 pagi di lokasi berkenaan mendapati hanya terdapat beberapa kenderaan perdagangan melalui laluan berkenaan.

Tinjauan di SJR di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Batu 11, di sini, pula mendapati aliran trafik lancar dengan pembukaan laluan khas bagi kenderaan membabitkan perkhidmatan penting.

Laluan khas berkenaan di lokasi itu hanya boleh dilalui kenderaan membabitkan barisan hadapan, perkhidmatan penting dan kenderaan berat.

Pada masa sama, terdapat dua laluan boleh dilalui orang awam di lokasi itu bagi melalui pemeriksaan pihak polis.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 1:11pm
    d