mutakhir

PKPD: Penduduk mula terima bantuan makanan [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

BANTUAN makanan mula disalurkan kepada penduduk berhampiran Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Penduduk kawasan itu, Cai Peng Fa, 50, berkata, bantuan berkenaan diterima penduduk secara berperingkat mulai 11 pagi hari ini.

"Saya sudah menerima bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak, bihun dan sebagainya.

"Saya difahamkan bantuan diagihkan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke semua rumah secara berperingkat mengikut zon," katanya ketika ditanya media dari sebalik kawat duri di lokasi PKPD itu.

Peng Fa berkata, setakat ini barangan keperluan makanan bagi keluarganya mencukupi.

Menurutnya, dia berharap kebajikan penduduk di kawasan itu tidak terabai dan dipantau pihak berkuasa secara berterusan selain dimaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

p>

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: May 10, 2020 @ 12:47pm
    d