mutakhir

Ujian saringan di Kota Setar ambil masa seminggu

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Sungai Besar: Ujian saringan terhadap 366,787 penduduk di 28 mukim di Kota Setar, Kedah yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) dijangka mengambil masa kira-kira seminggu.

Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, keutamaan akan diberikan kepada usaha mengesan kontak rapat Kluster Sungai dan Telaga selain melakukan proses nyah cemar di premis yang dikunjungi individu daripada kluster terbabit yang positif Covid-19.

"Kita sudah menggerakkan kira-kira 100 petugas kesihatan dari daerah lain yang tidak terbabit dengan PKPD Temco untuk membantu mereka (petugas kesihatan) di Kota Setar," katanya ketika sidang media hari ini.

Terdahulu, Noor Azmi merasmikan program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) di Dewan Seri Bernam, di sini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Shaari Ngadiman.

Sementara itu, Noor Azmi berkata, pihaknya juga sedang mengatur gerakan menggerakkan petugas kesihatan dari negeri lain untuk ke Kedah bagi membantu meringankan tugas petugas kesihatan di sana.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 12, 2020 @ 2:37pm
    d