mutakhir

2 kru kapal maut akibat lemas

Oleh Suraya Roslan

Miri: Hasil bedah siasat terhadap dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi kapal platform MV Dayang Topaz mendapati punca kematian akibat lemas.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya sudah mengenalpasti identiti dua mangsa yang terkorban.

"Mangsa dikenalpasti sebagai Thomas Liang, 39, dari Sarawak manakala seorang lagi M R Aaron Michael, 34, dari Negeri Sembilan.

"Bedah siasat selesai, punca kematian akibat lemas," katanya dalam satu kenyataan dilaporkan The Borneo Post.

Mereka antara 125 kru kapal Dayang Topaz yang terjun ke dalam laut dalam kejadian kapal karam, 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak, pada 6.23 pagi semalam.

Kapal milik DESB Marine Services Sdn Bhd itu dinaiki 187 orang.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas), tali sauh kapal platform MV Dayang Topaz terputus lalu merempuh sebuah pelantar minyak di Kuala Baram.

Berita berkaitan:

  • Dua warga Malaysia terkorban [METROTV]
  • Ngeri terapung hampir tiga jam di laut
  • 4 kru Dayang Topaz ditemui selamat [METROTV]
  • Sauh kapal MV Dayang Topaz terputus, rempuh pelantar minyak
  • 1 maut, 4 hilang, 121 selamat kapal Dayang Topaz karam [METROTV]
  • Disiarkan pada: October 28, 2020 @ 6:43pm
    d