mutakhir

PKPB: Waktu operasi pasar harian dilanjutkan [METROTV]

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Mulai esok, tempoh operasi semua pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan sehingga 4 petang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memutuskan perkara itu selepas mengambil kira kekangan masa peniaga kecil dan pelanggan di kawasan PKPB.

"Kerajaan ambil maklum rungutan peniaga pasar harian di kawasan PKPB yang hanya dibenarkan beroperasi antara 10 pagi hingga 2 petang.

"Begitu juga pelanggan mereka memerlukan masa tambahan untuk mencari barangan keperluan mereka.

"Justeru, selepas berbincang dan mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mesyuarat khas hari ini setuju melanjutkan tempoh operasi pasar harian sehingga jam 4 petang," katanya pada sidang media, hari ini.

Bagaimanapun katanya, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu membuat pemantaun pematuhan prosedur operasi standrad (SOP) setiap pasar.

"RELA mesti mengawal pasar itu supaya sop ketat dipatuhi peniaga dan pembeli," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 27, 2020 @ 10:29pm
    d