rap

Chungha positif Covid-19

Oleh Agensi

Seoul: Selepas beberapa penyanyi Korea Selatan disahkan positif Covid-19, terbaharu penyanyi Chungha pula dijangkiti virus itu.

Agensi pengurusan Chungha, MNH Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan khabar angin terbabit hari ini.

"Kami ingin memaklumkan artis naungan kami, Chungha positif Covid-19.

"Chungha baru mengetahui dirinya mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti virus Covid-19.

"Tanpa berfikir panjang, Chungha ambil inisiatif untuk melakukan ujian saringan dan mendapati dirinya positif," katanya.

Keputusan terbabit membuatkan Chungha menunda seluruh aktiviti seni dan menjalani kuarantin.

"Malah semua artis dan kakitangan yang ada bertemu dengan Chungha sudah menjalani ujian saringan. Kami juga akan pastikan setiap individu mematuhi prosedur kesihatan selepas mendapat keputusan.

"Pihak agensi juga akan menjalankan proses penyahkuman atau disinfeksi di kawasan pejabat serta melakukan pemeriksaan demi mencegah Covid-19. Kami akan melakukan yang terbaik buat semua artis," katanya lagi.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 7, 2020 @ 3:13pm
    d