mutakhir

Ujian saringan 2 kali, Pak Wan negatif Covid-19

Oleh BERNAMA

Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof disahkan negatif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan, hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) hari ini, Mohd Redzuan telah menjalani dua kali ujian saringan dan melaksanakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas Mohd Redzuan pada 14 Januari dan disahkan negatif, hari ini.

"Dimaklumkan bahawa kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 bagi beliau sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh HSO beliau tamat pada hari ini," menurut kenyataan itu.

Mohd Redzuan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menjadi kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 3:27pm
    d