Asia

Menteri Australia masuk hospital dua hari selepas divaksin

Oleh BERNAMA

Sydney: Menteri Kesihatan, Greg Hunt, dimasukkan ke hospital disyaki kerana mengalami jangkitan, dua hari selepas beliau menerima vaksin Covid-19 AstraZeneca.

Ia menurut agensi berita Sputnik, berdasarkan laporan stesen penyiaran Australian, ABC pada Selasa yang memetik pejabat menteri.

Pada Ahad, Hunt bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri Julia Gillard dan Setiausaha Jabatan Kesihatan Brendan Murphy, menerima suntikan satu dos vaksin AstraZeneca.

"Keadaannya dianggap tidak mempunyai kaitan dengan vaksin," kata kenyataan pejabatnya, dalam laporan berkenaan.

Setakat ini, Australia sudah mengesahkan 29,061 kes positif Covid-19, dengan 909 kematian, menurut Jabatan Kesihatan negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 10, 2021 @ 11:24am
    d