mutakhir

Pasar Awam Jalan Jelutong ditutup sementara [METROTV]

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Pasar Awam Jalan Jelutong, di sini, ditutup serta-merta berkuat kuasa hari ini susulan empat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan peniaga di premis berkenaan.

Penutupan dilakukan pada 1 tengah hari bagi kerja sanitasi dan langkah mencegah penularan pandemik berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yew Tung Seang berkata, penutupan berkenaan membabitkan 60 peniaga di dalam kawasan pasar berkenaan.

Katanya, ia juga membabitkan sebanyak 186 tapak penjaja sementara Jalan Penaga dan Lorong Ipoh pada waktu pagi dan 32 penjaja statik sementara di Lorong Penaga, Lorong Ipoh dan Lorong Batu.

"Pembukaan semula pasar awam itu akan dimaklumkan kelak sehingga keadaan di kawasan berkenaan dipastikan benar-benar selamat.

"Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya pada sidang media secara dalam talian, di sini, hari ini.

Tung Seang berkata, persatuan pasar juga diminta memastikan kawalan pengunjung dilakukan dengan baik.

Katanya, antaranya dengan tidak membenarkan individu berisiko tinggi atau 'high risk' memasuki kawasan pasar awam itu.

"Tindakan penguatkuasaan termasuk penutupan premis akan dilakukan sekiranya didapati melanggar SOP yang ditetapkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 17, 2021 @ 3:00pm
    d