mutakhir

Lapan kawasan dikenakan PKPD

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok hingga 26 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan Kampung Gong Jering, Mukim Bukit Jawa di Pasir Puteh, Kelantan selain Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Khas di Beaufort serta Borneo Timber di Tongod, Sabah.

"Satu lagi lokaliti dikenakan PKPD adalah Kampung Tebongan di Putatan, Sabah.

"Tiga lokaliti di Kota Kinabalu dikenakan PKPD pula adalah Jalan Pasir di Likas, Kampung Kuala Menggatal dan Kuaters Tangki Air Biru, Telipok," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, prosedur operasi standard bagi kawasan PKPD itu adalah sama seperti diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman web Majlis Keselamatan Negara, www.mkn.gov.my.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: July 11, 2021 @ 7:19pm
    d