global

Letupan Lubnan: Belia bantu kerja pembersihan

Oleh AFP

Beirut: Ratusan belia di Lubnan berganding bahu menjadi sukarelawan bagi membersihkan kawasan yang terkesan akibat insiden letupan di sini, kelmarin.

Inisiatif itu diambil sebagai tanda solidariti mereka terhadap musibah itu.

Salah seorang individu terbabit adalah Melissa Fadlallah yang dilihat memakai pelitup muka dan sarung tangan sambil mengutip serpihan kaca.

"Sekiranya kita mempunyai wakil rakyat yang sebenarnya, dia pasti ada di jalanan sejak malam tadi untuk kerja pembersihan, tetapi di mana mereka?," katanya.

Sementara itu, seorang lagi sukarelawan, Husam Abu Nasr, 30, berkata, mereka menghantar bantuan ke rumah warga emas dan orang kurang upaya.

Menurutnya, pihaknya turut membantu golongan berkenaan dalam mencari penempatan sementara.

"Kami tidak mempunyai negara untuk mengambil langkah ini, jadi kita harus melakukannya sendiri," katanya.

Rita Ferzli, 26, pula berkata, dia tidak dapat memberi bantuan barangan tetapi hanya makanan, minuman, coklat dan sokongan moral.

"Saya rasa semua terutama golongan muda harus sama-sama membantu walaupun hanya dengan senyuman dan tiada seorang pun yang boleh duduk di rumah," katanya.

Sekurang-kurangnya 135 individu terkorban akibat letupan yang berlaku kira-kira 6 petang (waktu tempatan) Selasa di sebuah pelabuhan di sini.

Puluhan orang masih dilaporkan hilang dan hospital sesak dengan mangsa cedera yang mendapatkan rawatan.

Beberapa bangunan di sekitarnya termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah dan mengalami kerosakan teruk.

Berita berkaitan:

  • Tribunal khas PBB tangguh keputusan kes bunuh Hariri
  • Mungkin kemalangan, mungkin serangan... - Trump
  • Bantuan antarabangsa tiba di Lubnan
  • Letupan Lubnan. Angka korban meningkat 113 orang
  • Ammonium nitrat punca letupan Lubnan
  • Lubnan akan cari dalang letupan
  • Letupan Lubnan: Pemimpin dunia rakam takziah
  • Letupan Lubnan, 'serangan mengerikan' - Trump
  • Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 1:25pm
    d