mutakhir

Suspek larikan budak direman

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

POLIS mendapat kebenaran menahan reman dua penuntut lelaki yang dipercayai melarikan kanak-kanak perempuan, hari ini.

Mahkamah Khas Reman Seremban membenarkan penuntut berusia 21 tahun direman enam hari manakala rakannya yang berusia 18 tahun direman empat hari.

Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Rahimah Rahim.

Penahanan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kedua-dua suspek ditahan ketika sedang membeli tiket menonton wayang di pusat beli-belah di Seremban, 4.45 petang semalam.

Dalam kejadian Isnin lalu, Faralisya Amani Fazil, 9, disedari hilang dari bilik tidur oleh bapa yang mahu mengejutkannya pada 6.45 pagi sebelum laporan polis dibuat dan usaha mencari mangsa dilakukan.

Bagaimanapun, Faralisya ditemui selamat kira-kira 9 malam hari sama, selepas ditinggalkan oleh suspek yang menaiki kereta di tepi jalan berhampiran pondok pengawal kuarters berkenaan dan pemeriksaan ada kesan jerutan pada kedua tangan serta kaki.

Berita berkaitan:

Dua lelaki dah ditahan

‘Penculik tu tunjuk pisau’

Alhamdulillah Faralysa ditemui selamat [METROTV]

Di mana Faralysa

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 1:07pm
d