mutakhir

Program KMJ terakhir Sultan Johor? [METROTV]

Oleh Mohd Sabran Md Sani

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 mungkin program terakhir untuk baginda bagi edisi ke-20, tahun ini.

Baginda bertitah mahu menyerahkan tanggungjawab dalam melaksanakan program tahunan berkenaan kepada anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

"Saya rasa tahun ini, tahun terakhir saya.

"Saya nak serah pada Tunku Mahkota. Saya nak tengok macam mana beliau menerajui Kembara Mahkota," titah baginda pada KMJ 2017 di Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Kluang, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah baginda bagaimanapun tidak sampai hati mengumumkan perkara itu.

"Saya nak buat pengumumuman itu tetapi saya tak sampai hati.

"Jadi selagi ada keringat saya teruskanlah (KMJ)," titah baginda dalam nada sebak.

Berita berkaitan:

Kembara sekeluarga jumpa rakyat

Destinasi akhir

Arca dasar laut

Sukan rakyat meriah acara

Pesona Morgan

Disiarkan pada: September 11, 2017 @ 2:20pm
d