mutakhir

[UPDATE] Bawa waris mangsa ke sini

Oleh Shamsul Munir Safini

Keluarga tujuh wanita Indonesia yang maut dalam kemalangan bas kilang di Lebuh Raya Utara Selatan di Juru, pagi tadi akan dibawa ke Pulau Pinang sekiranya mereka di Indonesia, bagi tujuan pengecaman mayat.

Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisono berkata, keluarga atau waris mangsa yang kebanyakannya berada di Medan, Indonesia akan dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Kita akan membawa mereka ke sini dengan bantuan pihak pengurusan kilang Sony bagi tujuan mengecam mayat ahli keluarga mereka.

“Ada sebahagian mangsa yang ahli keluarga mereka berada di sini dan mereka sudah dimaklumkan dan sudah membuat pengecaman mayat,” katanya.

Menurutnya, sehingga tengah hari ini, empat warga Indonesia yang maut sudah dikenal pasti iaitu Rosni, Yeni, Serlia dan Kris.

Katanya, pihak konsulat akan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa tempatan mengenai kejadian dan akan menunggu hasil siasatan penuh tragedi itu.

Berita berkaitan:

[UPDATE] Pemandu ada tiga waran tangkap

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?/a>

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 9:56pm
d