mutakhir

Ambil alih tanggungjawab ibu

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

“Biarlah saya ambil alih tugas menjadi 'ibu' bagi menjaga dan menguruskan dua adik yang masih bersekolah," kata Norasyikin Zuryanidufizan, 22, anak sulung Noriah Kasa, 40, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Tol Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Norasyikin berkata, dia akan terus memastikan adik bongsunya, Zarul Haziq, 12, menimba ilmu di sekolah tahfiz.

"Saya berharap cita-cita arwah ibu untuk melihatnya menjadi ustaz tercapai.

"Buat masa ini, saya akan mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dalam menguruskan dan menjaga dua adik yang masih bersekolah termasuk Nornadia, 18, yang kini belajar di kolej di Ipoh," katanya ketika ditemui di kediamannya di Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, selepas menerima kunjungan Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat yang menyampaikan bantuan kepada keluarga terbabit, lewat petang tadi.

Menurutnya lagi, dia kini diberikan cuti lebih seminggu oleh majikan bagi menenangkan diri disamping menguruskan hal-hal lain berkaitan arwah ibunya yang juga ibu tunggal.

Dalam pada itu ibu mangsa, Misah Abu, 72, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk menjaga tiga cucunya itu berikutan rumah didiami mereka berhampiran.

Berita berkaitan

[UPDATE] Jenazah dijangka tiba esok

Hantar jenazah ke Indonesia malam ini

Bawa waris mangsa ke sini

Pemandu ada tiga waran tangkap

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Disiarkan pada: October 25, 2017 @ 10:44pm
d