mutakhir

Pemandu, kelindan direman kes tiga meninggal

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

PEMANDU dan kelindan lori yang terbabit kemalangan di Kampung Teluk Memali dekat Bota semalam, hingga mengakibatkan tiga meninggal dunia direman di Mahkamah Majistret Batu Gajah di Batu Gajah, hari ini.

Majistret Mohd Fitri Sadarudin membenarkan suspek direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 27 tahun berasal dari Kelantan serta Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kedua-dua suspek terbabit positif dadah jenis methamphetamine melalui ujian air kencing yang dijalankan semalam.

Pada kejadian 6.30 pagi semalam, suami isteri, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, dan Norhaslina Abdul Razak, 27, serta adik Ahmad Nor Al-Zaidin, Nor Azita Ahmad Azzudin, 24, meninggal dunia di lokasi selepas

Proton Saga FLX dinaiki bertembung dengan lori sebelum terseret ke tali air.

Ahmad Nor Al-Zaidin adalah pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga Dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Berita berkaitan

Tak sempat bersanding bersama

'Ina cium saya berulang kali'

[UPDATE] Mangsa pegawai khas kepada Exco Perak

Tiga maut, kemalangan lori dengan kereta

Disiarkan pada: December 14, 2017 @ 11:43am
d