mutakhir

Banduan bolos direman

Oleh Muhamaad Razis Ismail

BANDUAN yang ditahan malam tadi selepas tiga hari melarikan diri dari penjara Pengkalan Chepa direman selama empat hari di mahkamah, hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah terhadap suspek berusia 39 tahun itu bermula hari ini hingga Khamis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Harian Metro hari ini melaporkan banduan yang sedang menjalani hukuman kes rogol berjaya ditangkap di Taman Kurnia Jaya, Kota Bharu, 12.15 tengah malam tadi.

Jumaat lalu, lelaki itu dipercayai melarikan diri dengan melompat pagar penjara itu kira-kira 7 malam.

Difahamkan banduan yang berasal dari Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, sedang menjalani hukuman penjara 13 tahun dan 10 sebatan sejak 2016 bagi kesalahan merogol.

Berita berkaitan

Banduan bolos diburu

Belum jumpa banduan bolos

Banduan bolos kena tangkap akhirnya

Disiarkan pada: April 16, 2018 @ 2:12pm
d