mutakhir

[UPDATE] Polis tunggu Musa balik

Oleh Avila Geraldine

POLIS akan menunggu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah untuk tampil membantu siasatan polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadapnya sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sudah menghubungi Musa dan memintanya pulang.

"Kita hanya tunggu di sini (Sabah) dan kita memintanya untuk datang bagi merekodkan keterangan.

"Tiada keperluan untuk mendapatkan bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk menjejakinya kerana ia bukan serius sangat.

"Kita boleh tunggu dia," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penutupan sambutan kemuncak Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di Penampang, hari ini.

Ketika ditanya berapa lama polis perlu menunggu Musa, Ramli berkata keadaan itu bergantung kepada situasi semasa.

Mengenai sama ada polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Musa, beliau berkata pihaknya menumpukan untuk merekodkan keterangan daripada Musa terlebih dahulu.

Katanya, Musa dipercayai keluar dari Sabah pada 14 Mei lalu dan menambah polis akan menyiasat dakwaan yang mengatakan bekas Ketua Menteri Sabah itu dikesan di London.

Ramli berkata, beliau ada bercakap dengan Musa sekali tetapi enggan memberikan komen lanjut.

Polis menjejaki Musa selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, membuat laporan polis berhubung ancaman diterimanya dua minggu lalu yang dipercayai ada kaitan dengan majlis angkat sumpah Ketua Menteri pada 10 Mei lalu.

Berita berkaitan

Musa Aman di London?

[UPDATE] Biar dia rehat dan balik raya - Anifah

'Di mana Musa Aman?'

'Di mana Musa Aman?'

'SPRM hadir ke rumah Musa Aman'

'Musa Aman nafi tuduhan ugutan jenayah'

'Polis Sabah minta Musa tampil'

'Tun Juhar buat laporan polis'

'Musa saman TYT, Mohd Shafie'

Disiarkan pada: May 31, 2018 @ 5:11pm
d