mutakhir

Lanjutan reman 2 pegawai STAGG ditolak

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

MAHKAMAH Majistret Putrajaya, hari ini, menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung tempoh reman dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditahan pada 31 Mei lalu.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Terdahulu, SPRM memohon untuk menyambung tempoh kedua-dua individu terbabit.

Dua pegawai kanan itu yang berkhidmat dalam Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan sebelum ini direman empat hari bermula 1 Jun lalu.

Media melaporkan, SPRM menahan mereka di sebuah bengkel kereta di Subang Jaya dan ketika serbuan dijalankan, dua pegawai kanan itu berada bersama seorang orang awam di lokasi.

Susulan itu, pemeriksaan menemui wang tunai berjumlah RM341,000 di kedai berkenaan.

Berikutan itu, SPRM membawa pegawai kanan berkenaan ke sebuah kondominium miliknya dan menemui wang tunai anggaran antara RM400,000 hingga RM700,000.

Kedua-dua pegawai terbabit kemudian dibawa ke pejabat STAGG di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan kemudian menemui wang dianggarkan lebih RM225,000.

Berita berkaitan

SPRM rampas kenderaan mewah RM3 juta

[UPDATE] Disyaki 'cover' pusat judi

SPRM 'angkut' dua pegawai kanan STAGG

SPRM 'angkut' dua pegawai kanan STAGG

Disiarkan pada: June 4, 2018 @ 5:52pm
d